Ayat-ayat Pendinding Yang Boleh Membuatkan Jin dan Syaitan Lari

Standard

Benteng diri anda dari gangguan jin dan syaitan

Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di sekeliling kita.

Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam mereka. Mereka ini sememangnya mahu menggoda, memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda berada di atas muka bumi ini.

Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita tentang gangguan makhluk halus ini di kaca tv ni, kan? Siap ada filem lagi.

Percaya kepada benda-benda ghaib

Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, Allah dan sebagainya.

Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga dan sebagainya.

Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir. Hanya alam sahaja membezakan dua makhluk Allah ini.

Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi manusia ( 3 dimensi ruang dan 1 ruang masa) sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak dibuka. Dunia mereka sangat berbeza dengan dunia manusia. Struktur fizikal dan persepsi mereka melangkaui dari apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita.

Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak sengaja ternampak entiti ini, anda akan berasa takut dan gerun dengan wajah mereka yang hodoh dan mengerikan. Muka mereka tidaklah sekacak Aaron Aziz atau secantik Neelofa. Muka mereka sangat hodoh dan menakutkan! Eeeerr…

Oleh itu, anda memerlukan perlindungan. Perlindungan dari diganggu oleh makhluk halus ini.

  • Adakah anda memerlukan perisai yang diperbuat dari besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh tukang besi?
  • Perlukah anda menempah senjata canggih dari syarikat yang berpengkalan dari Amerika Syarikat untuk memerangi jin dan syaitan ini?

Tak perlu semua itu… malah kalau anda nak cuba juga, jin dan syaitan ini mungkin akan gelakkan anda nanti.

Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu digunakan? Tidak lain hanyalah dari kalam suci yang telah diturunkan oleh Allah iaitu al-Quran.

Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini

Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :

  1. Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
  2. Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
  3. Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
  4. Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari  Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin sememangnya tidak suka bau wangi.

Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati anda. Mereka lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.

 

 

 

 

59 thoughts on “Ayat-ayat Pendinding Yang Boleh Membuatkan Jin dan Syaitan Lari

  1. Khairul Wafiq

    Assalamuaikum wbt. Sy sebagai pengguna setia produk anugerah, amat terkilan bila mendapat tahu syarikat ini melantik pemborong/agen di kalangan bukan Islam utk mengedarkan produk2 anugerah keluarannya. Sy faham semua umat manusia dibolehkan menggunakan produk2 yg telah dibacakan ayat2 Al Quran kerana Al Quran diturunkan utk seluruh umat manusia. Tetapi kenapakah produk2 yg telah dibacakan ayat2 suci Al Quran kita serahkan kpd yg bukan Islam utk mengedarkannya. Adakah mereka yg bukan Islam ini prihatin tentang cara2 mengedali produk2 yg telah dibacakan ayat2 suci ini. Apakah produk anugerah yg tidak dikendali dgn betul ini yg kemudiannya dibeli oleh umat Islam (yg menharapkan kemujarabannya) akan mendapat hasil yg diingini. Tidakkah pembeli yg sekiranya tidak mendapat kemujabannya, rasa tertipu semata2 kerana pemborong/agen yg bukan Islam ini tidak pandai menghormati/mengendali produk2 yg telah dibaca dgn ayat2 suci ini. Sy menyokong inisiatif pengeluar utk mensyiarkan kaedah rawatan secara Islam dan sekal;i gus membantu masalah org ramai dgn izin ALLAH. Tetapi jgnlah kerana mencari keuntungan semata2 pihak pengeluar sanggup berbuat demikian. Sy harap pihak berwajib dan org ramai melakukan sesuatu sekiranya pihak pengeluar masih tidak prihatin dlm soai ni. Tujuan sy dan org ramai yg tidak puashati dgn perkembangan ini adalah semata2 menyedarkan pihak pengeluar. Semuga usaha dan amalan pihak pengeluar diberkati ALLAH dan bukan dilaknati.

  2. wan abdullah bin haron

    Assalamualaikum ustaz.
    Saya pernah lebam di peha dan sekarang saya mengalami sakit lutut yang amat berbisa. Semua ubat dan supplement sudah saya makan pun tidak semboh. Apabila berjalan kaki agak berat nak melangkah dan lutut saya akan terasa sakit bila berjalan. Adakah ini tanda nya. Sekian wassalam.

    • admin

      Waalaikumsalam,

      Saya kurang pasti dengan masalah sebenar yang dihadapi tentang lebam peha dan sebagainya kerana ianya memerlukan pemeriksaan doktor kesihatan dan juga pusat rawatan Islam. Berdasarkan apa yang diterangkan tadi, saya dapat nyatakan mungkin ada unsur-unsur yang tidak baik. Maka saya cadangkan tuan membaca 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas) setiap kali sebelum tidur. Kemudian sapukan minyak sejuta rahsia di tempat2 yang sakit sambil membaca taawuz. Wallahu’alam.

      • mnoh

        Assalamualaikum,… adakah lebam tersebut berasa hangat? dan terasa hangat pada waktu2 tertentu seperti maghrib, hampir tengah malam…?
        Jika jawapan nya YA, berkemungkinan sesuatu yg ghaib cuba menumpang. Hendak pastikan lg ambil halia di tumbuk lumat sapu pada bahagian “hangat” tersebut sambil membaca Ummul Kitab diikuti dengan Selawat 11x diikuti dgn surah Al Hasyr ayat 21 hingga akhir. Jika badan terasa mengigil. YA la tu…. Selamat mencuba.

    • Aisyah

      Saya pernah mengalami sakit di lutut @ kaki. Ustaz cakap saya terlangkah @ tersampuk. Ada bacaan kawan2 bagi suh amalkan tp dh lupa. yang saya buat ialah amalkan membaca yasin dan buat sembayang hajat juga minum air sembahyang hajat tesebut.
      Memang sakit sangat hingga saya minta doa dengan Allah jika sakit itu buatan orang yg memusuhi saya maka saya minta Allah hantarkan balik tapi jika sakit itu dtg dari Allah maka saya redha.. beberapa hari sembhyang hajat.. sakit pun hilang..
      Kesimpulannya kita tidak terlepas kena amalkan bacaan surah2 dr al quran jgk.

  3. fiza

    sy nk tnye ustaz, sy akan jadi mcm org histeria bila sy sedang tension atau tertekan…contoh nyer, bila sy menangis, lame2 sy akan bertempik kuat pastu akan tendang2 ape yg ade kt depan..sampai sy pernah menghantuk kepala sy sendiri kt dinding..ape sebenarnye yg terjadi ustaz???mohon pencerahan

  4. Zalina

    Assalamualaikum,

    Saya tinggal di apartment…saya sering dengar bunyi dari rumah atas saya…seperti bunyi budak berlari…tolak-tolak perabut dan bermain guli.
    Saya dapat tahu itu ade lah jin yg menghuni rumah saya,bagaimana cara saya mengatasi masalh ini…
    Kami ade juga membaca surah Yasin.
    Harap dapat membantu

    • admin

      Waalaikumsalam,

      Kalau awak rasa gangguan itu mengganggu kehidupan awak, awak boleh baca Surah an-Nas, Surah al-falaq dan Surah an-Nas.

      Boleh guna produk-produk Anugerah seperti Air Anugerah dan Losyen Sejuta Khasiat.

      Wallahu’alam.

  5. nor

    mcm mana nk hlangkan prsaan srabut yg dtg ttba ja.. sy mmpu bc 4qul,ayat kursi dan bzikir ja, bla sy bhnti bc, prsaan tu dtg blik.. kdg2 sy buka ja mp3 ayat alquran. sllu prsn ni dtg lpas asar smpai subuh..

  6. Wardah

    As salam. Saya pernah dirawat oleh bberapa ustaz pengamal perubatan islam. Sewaktu rawatan tangan menggigil,kdang sampai menangis dn berteriak. Dlm bberapa sesi rawatan,saya cuba mengawal diri untuk tidak menggigil,berteriak dn menangis. Kadang berjaya,kadang tidak. Saya mengamalkn bbrapa surah spt : Al Jin,Al Mulk,Yassin,Ad Dukhan,tmasuk manzil. Ada dkalangan ustaz perawat kata saya ada saka yg dh beranak pinak dlm badan,badan belum betul2 bersih dari gangguan. Saya malu untuk datang berulang kali ke pusat2 rawatan,mereka kata,penyakit macam saya ni mmerlukan masa yg lama untuk sembuh. Skarang saya berusaha mengawal apa saja gangguan yg saya rasai,saya amalkn ayat kursi tiap kali rasa pening(kalau dbiarkan saya boleh pengsan atau histeria). Alhamdulillah…rasa lbih elok dari sbelumnya. Yg saya sering tak selesa adalah apabila pergi ke rumah saudara mara atau kwn2 atau mana2 tempat,tiba2 je rasa panas dingin,sesak nafas,namun saya dah boleh mgawal diri dgn amalan membaca ayat kursi. Apa sebenarnya yg berlaku pada diri saya mgikut pandangan ustaz? Mohon penerangan.

  7. nur aleeya@ flora

    Assalamualaikum,saya ingin bertanya kepada ustaz,sekiranya ktk mengalami mimipi didatangi seekor cicak atau nama yg digelar oleh org sarawak engkarong!!!1didalam mimpi tu saya dapat memutuskan badan cicak itu…tapi tetap mgejar diri saya…apa pendapat ustaz tentang mimpi tu…tetapi ingin saya katakan disini,baru2 nie saya ada berubat dengan seorang pengamal perubatan,dan dia mgatakan yg saya ada saka yg diturunkan oleh arwah datuk saya!!!!!!!!!!!!

  8. saye digangu sejak 2 mlm lpas..sye didatngi oleh sekor makhluk smbil cekak leher sye..sye dalm keadaan sepruh sedar waktu itu..antra tdur dan x.xmkhluk trsebur suruh sye ikut die..saye terase seolah olah berintrksi dlm hati ngn die..sye hnye mnanyekn sapekah die dan die jwb die pnjge uma yg kami duduk hmpir 5 tahun.lalu sye trbace satu ayt yg ..sye da xingat ayat ea..lalu sye boley sedar..mlm berikutnya sye terase ssuatu mnghmpiri sye.himpit sye..tp bukan tindih..kmudian sye bce p xingtt dlm aty kmudian sye boley bkk mate..ape ptot sye buat??sblum tdur sye da bce ayt qursi ,al-ftihah dan 3qul..huhu

  9. Nur Hanani bt Ibrahim

    Assalamualaikum
    saya nak tanya mengapa kadang-kala walaupun kita sudah mengamal kan ayat-ayat pendinding diri , mengamalkan amalan sunat tapi masih di ganggu oleh makhluk halus ??

    • admin

      Waalaikumsalam,

      saudara perlu yakin dengan ayat-ayat yang dibaca dan beriman dengan
      bersungguh0sungguh bahawa tidak ada yang lain perlu digeruni melainkan
      Allah Taala. Jika masih ada perasaan takut dan risau dengan makhluk halus yang
      tiada kuasa untuk memudaratkan dan mendatangkan masalah kepada manusia,
      maka ia tetap akan datang.

      Keyakinan diri adalah penting untuk mengelakkan diri dari gangguan makhluk halus. Wallahu’alam.

  10. mohd razali

    Assalamualaikum Ustaz,
    mohon nasihat,Isteri sy skrg mengandung 4 bulan. Sepanjang tempoh ini,dia seringkali kena gangguan jin @ iblis. Puas sy ikhtiar mgubatinya,tp hanya brkesan 2,3 hari shja. Tmbn pula,dia sedang alahan mengandung.Akhir2 ini gangguan smakin kuat. Bila menjelang senja saja,perwatakannya mula berubh.Baca ayat2 ruqyah pn di gelakkan nya sambil ”Haha tak jadi”.sambil meracau sakit anggota bdan. Mohon nasihat.

  11. zuraida

    salam ustaz.kebelakangan ni saya rasa “kepanasan” selalu sakit kepala.. dan ada kejadian pelik berlaku.. bila azan isyak saya mengantuk sangat… lena sungguh tidow.. masa tu anak selalu cakap bukan bukan.. bl saya bangun esok pagi ,suami menceritakan pada saya .. malam tadi anak cakap dengan sesuatu dia cakap” tok nenek mari tengok cucu ker?.. kiki(nama anak) baik baik.. g lah jauh jauh.. jangan ambik kiki” pastu anak saya tanya papa dia.. “papa, nenek g doh ker?” suami saya tersenyum jerla buat tak tahu.. mohon pencerahan ustaz… sepanjang minggu ni 2x kejadian berlaku.. dan masa tu saya akan mengantuk awal tdow lena x sedar aper aper

  12. Wan Man

    Saya nak tanya ada tak apa apa amalan doa harian untuk saya menghilangkan perasaan buruk terhadap seorang perempuan dengan berangapan Perempuan nie mesti suka kalau saya ajak ke arah maksiat. Diharap dapat membantu saya menangi masalah ini. terima kasih

  13. Puan Halimaton Sulaiman

    Saya bersyukur kerana dapat berjumpa halaman ini yang sudah lama saya mencari. Alhamdulillah syukur, akhirnya saya dapat juga. Saya menghadapi masalah suami saya yang terkena sihir seorang pelajar yang ingin rapat dengan suami saya. Akhirnya, terpukau juga suami saya terhadap pelajar ini, yg ambil kesempatan utk merapati suami saya. Yg menyakitkan serta menakutkan saya ialah perempuan ini tidak langsung malu berada di makmal dimana suami memang kebiasaannya buat kerja diofisnya. Rancangan menambat suami saya oleh pelajar ini semakin kencang. Setahu saya mengenai suami saya, ialah seorang yg disiplin, jauh sekali nak buat hubungan pelajar, Tapi akhirnya terjerumus. Suami saya semakin melekat dgn pelajar ini tetap ada di makmal bersama suami saya. Hubungan mereka semakin intim. Saya tegur suami saya tapi dia tidak endah apa yg saya katakan. Hati saya hancur berderai dibuat oleh si’betina yg memang nampak sgt dia hendak memerangkap suami saya hingga berjaya. Betina ini pun dah habis pengajian dia, namun hubungan mereka bukan saja semakin intim malahan sudah melepasi ‘garisan maksiat’. Apa perlu saya lakukan. Saya tak SAMPAI hati berjumpa dgn Dekan mengadu hal ini, yg akan dibuang sudah pasti suami saya.Saya PASTI suami saya sudah terkena sihir, sebab selama ini tidak pernah berlaku.

    • admin

      Terlebih dahulu, kami berasa dukacita dengan dugaan yang melanda puan
      dan kami harap puan bersabar dengan dugaan Allah ini.

      Kami boleh sarankan puan menggunakan Minyak Kasturi Anugerah kotak
      perang untuk mengembalikan semula keharmonian rumahtangga puan.

      Cara-cara menggunakannya adalah begini:

      Baca Bismillah dan selawat 3 kali sambil menghadap kiblat. Sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada kedua-dua kening mata, cuping telinga dan dada sambil melafazkan niat anda kepada Allah S.W.T.

      Untuk suami puan ini, campurkan sedikit titisan Minyak Kasturi Anugerah ke dalam air mandian. Buat pusaran pada campuran air itu mengikut arah lawan jam sambil berselawat 3 kali dan kemudian mandi.

      Insya-Allah dengan izin Allah, sihir yang membelenggu suami puan akan dikalahkan. Puan kuatkan semangat dan sentiasa berdoa kepada Allah agar suami puan kembali ke pangkuan puan. Wallahu’alam.

  14. siti naquiah kamarudin

    Assalamualaikum ustaz,..
    Saya ingin bertanyakan tentang kemusykilan dalam diri saya adakah ia mimpi atau realiti.perkara ini telah dua kali terjadi dimana apabila saya tidur saya rasakan ada sesuatu yang mengganggu tidur saya.ianya seperti makhluk besar yang berada ditempat tidur saya.ianya tidak mengacau tetapi hanya mendiamkan diri.saya tidak pasti adakah itu hanya perasaan saya atau ianya benar wujud.diharap ustaz dapat membantu. Terima kasih.

    • admin

      Waalaikumsalam,

      ia mungkin gangguan syaitan ketika tidur. Baca 3 Qul sebelum tidur untuk mengelakkan mendapat gangguan syaitan. Wallahu’alam.

  15. emma

    assalamualaikum..

    Tujuh tahun lepas saya mengalami batuk yg amat teruk…sehingga suara saya terus hilang selama setahun..batuk2 itu pun saya alami selama setahun dan setahun berikutnya saya seolah2 bisu..sehingga hari ini..tujuh tahun dh berlalu..suara saya seolah2 tidak keluar dan amat sukar untuk saya bercakap..sesiapa yg ingin berinteraksi dgn saya perlu dgr betul2 dan duduk dekat2 dgn saya untuk mendengar apa yg saya cakap…bgaimana rawatan untuk sakit seperti ini?..tq

  16. Yasmin

    As Salam ustaz
    saya ada pertanyaan…skg saya mengandung hampir masuk 4 bulan…sejak akhir2 ni saya sering mimpi anjing yang bnyk sgt…mimpi atuk & nenek yang telah lama meninggal dunia….menangis ketika tidur….sering terjaga ketika tidur…saya juga sdg mengalami alahan mengandung…..bolehkah ustaz jelaskan adakah ini salah satu tanda-tanda gangguan makhluk halus /jin dan bagaimana cara mengatasi masalah ini.Terima kasih.

    • admin

      Waalaikumsalam,

      Mungkin puan telah diganggu dengan makhluk halus. Apa yang puan perlu buat ialah sentiasa membaca doa-doa seperti surah 3 Qul sebelum tidur. Selain itu, puan juga boleh minum Air Anugerah untuk mengusir gangguan tersebut. Wallahu’alam.

  17. Roslina Binti. Hj. Abdull Rahim

    Salam..saya sedang mengalami gangguan..menurut pengamal perubatan,saya mengalami gangguan saka..dah bermacam cara saya amalkan termasuklah meminum air penawar..saya sering berasa sakit tekak,sakit kepala dan lenguh seluruh badan kebelakangan ini..macam saya nak melindungi diri dari gangguan & amalan yang perlu saya lakukan untuk gangguan tidak menganggu saya lagi.

    wassalam.

    • admin

      Waalaikumsalam,

      Puan boleh amalkan membaca surah 3 Qul setiap malam sebelum tidur.

      Selain itu, puan juga boleh menggunakan Minyak Kasturi Anugerah Untuk Menghindari Amalan Sihir

      Cara penggunaannya adalah baca al-Fatihah, Surah 3 Qul dan selawat 3 kali sambil menghadap kiblat. Sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada bahagian tengkuk, kedua-dua kening mata, telinga dan pelipat tangan sambil berniat supaya dijauhkan dari gangguan jin, syaitan malah manusia yang berhati jahat.

      Sapukan juga pada bahagian-bahagian badan yang terasa sakit akibat gangguan. Wallahu’alam.

  18. ahkid

    Assalammualaikum ustaz saya ingin bertanya tentang berkenaan abang saya. .dalam 1 minggu sehingga dia demam. .dan kami adik beradik telah bawak pergi ke klinik tetapi tiada apa hanya demam biasa..selepas itu 2 hari kemudiaannya ganguan bermula mcm2 yang pelik berlaku..jadi apa yang perlu kami lakukan sekeluarga..abang sy dlu seorg yang kuat semangat..dan dia seorang yg tak pernah kacau org lain..

    • admin

      Waalaikumsalam, jika masalah tidak dapat diubati, saudara/saudari boleh dapatkan rawatan dari pengamal perubatan Islam. Wallahu’alam.

  19. QURRATU AHMAD

    Salam ustaz. Saya telah menyaksikan satu kes bunuh diri di depan mata saya. Perkara itu telah membuatkan saya berasa trauma dan sering berasa seram sejuk bagai ada sesuatu yang mengikut saya. Lagi menambah rasa tak sedap ni adalah apabila seorang kenalan yang boleh melihat makhluk2 halus ni, telah memberi tahu bahawa rumah yang saya duduki ini ‘keras’. Sebelum ni, saya bukan lah seorang yang penakut, tapi tiba-tiba je jadi macam ni. Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghindari perasaan tak elok ni? Patut ke saya percaya kenalan yang telah bagitahu perkara tu kat saya?

    • admin

      Waalaikumsalam,

      Cik tidak perlu terlalu takut dengan makhluh halus ini kerana ia juga adalah makhluk Allah juga. Jika kita biarkan ketakutan menyelubungi kita, ia akan memudahkan makhluk halus untuk menggangggu kita. Sebaiknya cik terus berbuat amal soleh, membaca doa pendinding seperti Surah 3 Qul dan sentiasa tidak berseorangan.

      Cik tidak perlu percaya sepenuhnya apa yang diberitahu oleh rakan cik. Walaupun mungkin benar dia boleh melihat makhluk halus, ia hanya pandangan dia sahaja. Cik perlu terus jalani kehidupan seperti biasa dan tidak terlalu memikirkan hal ini. Wallahu’alam.

  20. Kak Cah

    As Salam Ustaz,

    Saya mempunyai seorang anak lelaki beumur 16 tahun, bagaimana caranya untuk saya melembutkan hati beliau. Anak saya ni, tidak mahu mendengar cakap saya dan ayahnya. Tapi dia selalu mendengar cakap kawan-kawan dia. Selalu pulang lewat malam. Boleh di katogerikan anak yang degil dan keras hati. Dan lagi satu, agak susah untuk disuruh belajar. Tidak berminat untuk pergi ke sekolah dan belajar.

    • admin

      Waalaikumsalam, puan boleh gunakan Minyak Kasturi Anugerah untuk kepintaran anak (kotak biru). Ramai pelanggan kami yang telah mendapat manfaat daripada penggunaan minyak kasturi ini.

      Puan boleh baca surah al-Fatihah 7 kali, Surah al-Insyirah 1 kali dan surah al-Anbiya’ ayat 79 pada ubun anak puan dan diusap kepalanya semasa dia tidur sambil berniat supaya anak puan mendengar cakap dan dapat menumpukan pelajaran di sekolah.

      Insya-Allah dengan usaha dan istiqamah, anak puan akan jadi lebih rajin belajar dan mendengar cakap ibu bapanya. Wallahu’alam.

  21. izayani

    Assalamualikum ustaz, saya ingin bertanya mengenai adik saya , dah 3 bulan mengalami batuk kahak bercampur darah dan kami telah bawa dia untuk dapatkan rawatan di hospital doktor mengesahkan adik saya tidak dijangkiti kuman cuma batuk biasa. Adik saya ini pun susah sangat untuk mendapat jodoh setiap kali adik saya berkawan dengan lelaki pastinya akan putus ditengah jalan . Apa yang harus saya buat ustaz untuk menolong adik saya .

    • admin

      Waalaikumsalam, cikpuan boleh dapatkan nasihat daripada pengamal perubatan Islam. Jangan putus asa kerana setiap penyakit ada penawarnya. Cikpuan boleh cuba Air Anugerah dan Minyak Kasturi kotak merah untuk membantu adik cikpuan. Wallahu’alam.

  22. Salam ustaz sy nk tnya baru ni saya selalu nampak bulu putih halus di baju di bantal kadang2 di tmpatkerja pun ada nampak satu lagi bwah kulit saya selalu bergerak2 dengan sndiri kdg2 di muka di badan bergerak2 .apa punca nya ustaz??

  23. Salam ustaz sy nk tnya baru ni saya selalu nampak bulu putih halus di baju di bantal kadang2 di tmpatkerja pun ada nampak satu lagi bwah kulit saya selalu bergerak2 dengan sndiri kdg2 di muka di badan bergerak2 .apa punca nya ustaz???

  24. Salam ustaz sy nk tnya baru ni saya selalu nampak bulu putih halus di baju di bantal kadang2 di tmpatkerja pun ada nampak satu lagi bwah kulit saya selalu bergerak2 dengan sndiri kdg2 di muka di badan bergerak2 .apa punca nya ustaz??

  25. nur

    assalamualaikum ustaz… maafkn sy ustaz su nk tanya kenapa sy selalu mengigau& kdg2 bdn ade kesan lebam.sy nk minta tolong dari ustaz serba sedikit pandangn sebab apa dan bagaimana cara untuk mengelakkan situasi ini drpd berlaku

    • admin

      Waalaikumsalam, cik boleh ambil wuduk sebelum tidur dan baca surah 3 Qul sebagai perlindungan dari syaitan dan sihir. Wallahu’alam.

  26. asmyy

    Sya ign mohon bntuan stiap kali solat saya akn rasa brdebar pnas dn sllau salah dlm solat.apaka yg hrus sya wat agr saya blh jauhi gangguan syaitan dlm solat sya

  27. asmyy

    Sya ada trbaca di laman web tanda tanda diri di duduki jin atau pn syaitan,seperti rasa mengantuk ketika membaca ayt2 suci alquraan dn merasa sakit tapak kaki bahagian tumit kaki kanan dn selalu salah dlm solat.apa ka yg harus sya buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>