Assalamualaikum, Selamat Datang!



 

Minyak Kasturi Anugerah - Menghindari Amalan Sihir

  • Buy 10 for RM33.60 each and save 37%
Semenanjung RM48.00
Sabah/Sarawak RM53.00


Ringkasan Produk

- Adakah anda dapat merasakan kehadiran entiti yang sering mengganggu hidup anda dan keluarga anda?


- Adakah anda mengalami kesakitan dan tekanan yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden dan tiada penjelasan yang memuaskan anda?


- Adakah mahu melindungi diri anda dari serangan ilmu hitam, sihir, santau, tuju-tuju dan perbuatan manusia yang berniat jahat?


Jika anda mahu menyelesaikan masalah-masalah di atas, anda perlu memohon perlindungan dari Allah S.W.T dari gangguan-gangguan ini.


Sebab itulah Minyak Kasturi Anugerah - Untuk Menghindari Amalan Sihir dihasilkan untuk melindungi diri anda dari menjadi mangsa ilmu-ilmu hitam ini. Insya-Allah.


Dapatkan Minyak Kasturi untuk Menghindari Sihir sekarang dari pengedar dan stokis yang berhampiran anda!

Minyak Kasturi Anugerah - Menghindari Amalan Sihir

More Views

Perincian

Minyak kasturi adalah haruman yang mempunyai banyak kelebihan kepada pemakainya, sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi".

 

Minyak Kasturi untuk Perlindungan dari Gangguan Sihir, Santau, Pukau dan Ilmu Hitam

 


Tidak semua orang gembira dengan kejayaan dan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Jiran tetangga, rakan kerja malah sahabat baik sanggup untuk menjahanamkan kehidupan orang lain dengan amalan sihir, tuju-tuju, santau dan sebagainya.


Apa yang tersirat di dalam hati orang di sekeliling anda hanya Allah sahaja ketahui. Anda tidak akan tahu apa muslihat yang akan dikenakan kepada anda. Anda sememangnya tidak selamat dari bahana ini.


Oleh itu, anda harus sentiasa memohon perlindungan dari Allah dan berusaha untuk menguatkan aura anda supaya ianya dapat menghalang ilmu hitam ini dari memporak-perandakan anda dan keluarga anda.


Minyak Kasturi Anugerah Menghindari Amalan Sihir boleh membantu melindungi anda daripada menjadi mangsa perbuatan orang dan mengesan kehadiran amalan ilmu hitam ini dengan izin Allah Taala.


Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

 

• Ayat-ayat Ruqyah • Ayat Ruqyah Jibril
• Ayat Ruqyah Nabawiyyah • Selawat syifa’
• Doa-doa syifa’ • Selawat Tafrijiyyah
• Pendinding al-Muawwizat • Saiyidul istighfar (penghulu taubat)
• Ayat Kursi • Ayat pembatal sihir dan pukau
• Ayat pengesan & penawar sihir dan pukau • Doa penghindar gangguan syaitan
• Doa penghindar hasutan syaitan • Doa bakar jin dan syaitan
• Ayat penawar seribu guna • Doa gangguan tidur
• Doa pendinding • Salam sulaiman
• Solat hajat  

 

Kandungan Minyak Kasturi Anugerah - Menghindari Amalan Sihir:

 

• Kasturi kijang

 

Kaedah penggunaan

 Baca al-Fatihah, Surah 3 Qul dan selawat 3 kali sambil menghadap kiblat.Sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada bahagian tengkuk, kedua-dua kening mata, telinga dan pelipat tangan sambil melafazkan niat kepada Allah S.W.T supaya dijauhkan dari gangguan jin, syaitan malah manusia yang berhati jahat. Sapukan juga pada bahagian-bahagian badan yang terasa sakit akibat gangguan.

Bagi anak kecil yang sering menangis pada waktu malam, sapukan pada ubun-ubun, kedua-dua cuping telinga dan kedua-dua buku lali.

Bagi mengelakkan gangguan di sekitar rumah, pejabat dan kedai, tuang beberapa titis Minyak Kasturi Anugerah ini ke dalam botol atau botol semburan terpakai sambil membaca al-Fatihah. Buat pusaran pada minyak itu itu mengikut arah lawan jam sambil membaca Surah 3 Qul dan berselawat sebanyak 3 kali. Kemudian sembur di sekeliling kawasan yang diganggu .

 

Lumpuh sebelah badan, kini berjalan semula..

Anak kecil saya, Adam yang baru berusia 4 tahun yang sihat dan aktif, tiba-tiba menjadi lumpuh separuh badan. Kejadian ini terjadi selepas anak saya balik dari pasar malam ketika waktu senja. Saya dan suami bergegas ke hospital dan menurut doktor, salah satu pembuluh darah Adam telah pecah dan kesannya, separuh badannya menjadi lumpuh. Saya juga pernah berjumpa beberapa orang ustaz untuk membantu mengubati Adam.

Menurut ustaz juga, Adam mungkin telah tersampuk oleh makhluk halus ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Baru-baru ini saya terbaca paparan cerita Minyak Kasturi Anugerah untuk menyembuhkan sihir dan terus mendapatkannya melalui pengedar yang berdekatan. Dengan kuasa Allah S.W.T., dalam masa seminggu sahaja, anak saya mula menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Dia sudah boleh memanggil mak dan boleh menggerakkan anggota badan yang lumpuh secara perlahan-lahan. Begitulah besarnya kuasa Allah. Syukur Alhamdulillah, kini anak saya kembali sihat dan boleh bergerak seperti biasa. Jutaan terima kasih kepada Anugerah!

 

Puan Fiza, 35 tahun, Kuantan