Assalamualaikum, Selamat Datang!



 

Pil Kunyit Anugerah

Semenanjung RM58.00
Sabah/Sarawak RM63.00


Ringkasan Produk

Pil Kunyit Anugerah membantu meningkatkan kesihatan anda melalui penawarnya yang ada pada pigmen kuning kunyit yang bernama curcumin. Ekstrak curcumin di dalam Pil Kunyit Anugerah:


- Membantu menguatkan sistem imunisasi badan daripada serangan penyakit.


- Bertindak sebagai bahan penyembuh terbaik di dunia yang telah dibuktikan melalui lebih dari 3000 kajian saintis tentang kunyit di seluruh dunia.


- Setiap 1 biji pil ekstrak curcumin bersamaan dengan 20 sudu teh kunyit.


- Meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca berlakunya penyakit.


- Mampu mengurangkan bengkak, bisa dan lenguh badan dengan berkesan.


Pesan Pil Kunyit Anugerah secara online atau dari pengedar dan stokis Anugerah yang berdekatan dengan anda.

Pil Kunyit Anugerah

More Views

Perincian

 

Satu-satunya Rempah Yang Boleh Melindungi dan Menghalang Penyakit Dengan Berkesan.

Kunyit adalah salah satu rempah yang biasa digunakan terutamanya di dalam masakan dan sebagai jamu. Di dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit adalah herba utama yang digunakan di dalam proses merawat kerana mempunyai kesan penyembuhan yang paling mujarab.

Namun begitu, kunyit yang diekstrak tidak dipiawaikan penggunaannya untuk kegunaan komersial. Sekiranya ia dipiawaikan, ia tidak dipiawaikan dengan cara yang betul.

Pil Kunyit Anugerah adalah ramuan ekstrak kunyit yang telah diekstrak dan dipiawaikan 100% untuk kesihatan yang optimum.

Ia juga menggabungkan khasiat teh hijau untuk melengkapkan tindakan menyembuh dan menghalang penyakit.

Pil Kunyit Anugerah digunakan secara tradisional untuk:

 melegakan sakit sendi dan otot
 mengurangkan bengkak akibat kecederaan
 menguatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit
 mencantikkan dan menyihatkan kulit
 membantu mendapatkan bentuk badan yang langsing dan cantik

Kenapa Pil Kunyit Anugerah lebih baik berbanding kunyit biasa?

- Khasiat kunyit 20 kali lebih baik berbanding kunyit biasa.
Bahan aktif penyembuh kunyit iaitu curcumin telah diekstrak dan dipiawai 100%, jadi khasiatnya lebih baik berbanding kunyit biasa yang tidak diekstrak.

- Kadar penyerapan curcumin yang lebih baik di dalam badan
Curcumin adalah bahan aktif warna kuning kunyit yang berperanan untuk menyembuh. Kesan penyembuhan akan lebih berkesan kerana anda tidak perlu mengambil banyak dos untuk mendapatkan kesan positifnya.

- Bersifat menyembuh dan menghalang penyakit
Gabungan kunyit dan teh hijau sesuai untuk mereka yang sihat yang mahu kesihatan yang optimum dan untuk mengurangkan sakit sendi dan bengkak.

- Mencantikkan kulit dari dalam
Khasiat kunyit yang bersifat antioksidan mampu untuk menjadikan kulit anda dan menjadikan anda awet muda dengan pengamalan yang konsisten.

- Dibacakan dengan doa-doa pilihan untuk keberkatan
Anda boleh mendapat manfaat perubatan Islam melalui Pil Kunyit Anugerah yang ditenagakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa pilihan.

Walaupun Pil Kunyit Anugerah ini bermanfaat untuk semua, namun ianya tidak sesuai untuk golongan-golongan ini:

wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak.
pesakit batu karang
pesakit yang mengambil aspirin dan ubat penahan sakit. Mungkin juga bereaksi dengan supplemen yang mengurangkan pembekuan darah seperti gingko biloba, ginseng dan bawang putih.
mereka yang akan menjalani pembedahan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan.

Kandungan:

Ada 30 biji kapsul dalam setiap botol. Kapsul diperbuat daripada gelatin berasaskan tumbuhan dan halal.

Cara makan: Boleh ambil 1 biji selepas makan.

Diluluskan oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM (MAL20002629TC)

FAQ:

S: Bolehkan saya ambil Pil Kunyit Anugerah sekiranya saya sakit pinggang?
J: Ya, boleh. Ini kerana Pil Kunyit Anugerah adalah dalam bentuk ekstrak dan tidak mengganggu hati dan buah pinggang. Sebenarnya, dengan mengambil kunyit, ia membantu proses detoksifikasi dengan lebih berkesan.

Kebanyakan orang yang sakit pinggang akan selalu mengalami sakit belakang. Jika masalah ini berlaku disebabkan keradangan pada otot, maka Pil Kunyit Anugerah boleh membantu.

S: Saya menghidap sakit sendi. Bolehkah saya ambil Pil Kunyit Anugerah?
J: Ya, boleh diambil tapi cuma ia boleh mengurangkan bengkak sahaja. Asid urik masih belum dapat dikeluarkan.

S: Bolehkah Pil Kunyit Anugerah boleh mengimbangi paras gula di dalam darah?
J: Ya, Pil Kunyit Anugerah boleh mengimbangi paras gula di dalam darah. Terdapat banyak kajian yang dijalankan mendapati kunyit mampu mengimbangi paras gula di dalam darah. Boleh rujuk kupasan lanjut tentang kajian saintifik kunyit di sini.